Monday 10 October 2011

Peringatan Hadis Mengenai Emas Dan Perak..

(Penggunaan Hadis di dalam artikel ini adalah bertujuan untuk perkongsian Ilmu Islam sahaja)

Terjemahan Hadis,

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". (H.R.Baihaqi)


 Pendapat saya berkenaan dunia hari ini..

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak 15 abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang Barat (yang tamak). Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

Pada artikel ini ditulis, emas dan perak hanya lah dikuasai oleh bangsa-bangsa yahudi bertunjangkan ideologi ZIONIS dan lain-lain pertubuhan Illuminati yang mana membuatkan mereka menjadi peniaga-peniaga elit dan kaya dengan menguasai galian-galian yang dikeluarkan daripada negara-negara Islam dengan menggunakan penipuan licik mereka. Sistem sebenar kewangan berdasarkan Nabi-nabi sebelum ini jelas sekali menggunakan emas dan dirham sebagai wang dan alat pertukaran. Apa yang mereka buat hanyalah menipu umat manusia dengan menukarkan sistem kewangan Islam ini dengan sistem yang mereka reka iaitu sistem wang kertas (fiat money) dan secara licik mereka mengawal dunia melalui sistem ini. Mereka hanya perlu mencetak banyak kertas dan letakkan angka pada kertas itu.. Anda fikir kenapa Iraq diserang? sama seperti Libya, Syria, Lebanon (cuba kaji). Rancangan jahat mereka menghambakan manusia telah berjaya sehingga sekarang... hayati terjemahan hadis ini.. (untuk perkongsian ilmu)

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah dinar dan dirham (yakni emas dan perak).

(Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal)

Bagaimana sistem wang kertas ini bermula??

Pada asalnya (200 tahun lalu), bangsa Yahudi mula menyedari mengenai hakikat emas dan perak (tak dinafikan bahawa mereka ni bijak).. Bangsa Yahudi telah memperkenalkan sistem untuk menyimpan emas di dalam stor (bank) mereka. Sebagai pertukaran, orang yang menyimpan emas dengan mereka akan diberikan resit (sekarang wang kertas) yang boleh digunakan di pasar-pasar sebagai wang. Dan apabila hendak menebus kembali emas, mereka dikehendaki membawa kembali resit tersebut. Maka leka la manusia dengan sistem wang kertas yang digunakan pada hari ini. Mereka ini ialah ahli keluarga Mayor Rothchild dan Rockeffeler. Buat pengetahuan anda, keluarga mereka ini menyimpan emas yang banyak.

Saatnya kemusnahan mereka semakin hampir, apabila umat Islam kembali merampas emas & perak digunakan kembali sebagai matawang. Tinggalkan kertas yang sama nilai surat khabar lama untuk bungkus nasi lemak dan kacang kuda kembali.. Bagaimana caranya???

Ps: Tukarkan wang simpanan anda kepada EMAS dan PERAK (hanya pandangan saya sahaja).... Sekian..

Untuk maklumat lanjut sila lihat video ini "AMERICA DREAM".....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...